UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Mohd Fauzi Isa
Title :Kesan perlaksanaan kaedah simulasi solat terhadap rukun fi'li bagi pelajar bermasalah pendengaran (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan perlaksanaan kaedah simulasi solat terhadap rukun fi'li bagi pelajar bermasalah pendengaran dalam mempelajari subtajuk solat bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Aliran Vokasional. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 10 orang murid di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Ujian pencapaian (ujian pra-pasca) dijalankan untuk melihat kesan terhadap perlaksanaan kaedah simulasi solat dalam rukun fi'li ke atas pelajar bermasalah pendengaran. Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah ujian penilaian, ujian amali dan senarai semak. Analisis data dilakukan secara perbandingan yang dapat dilihat secara visual di antara sebelum dengan selepas mendapat rawatan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang signifikan terhadap kaedah pengajaran simulasi solat ke atas pelajar bermasalah pendengaran berkaitan dengan peningkatan menghafal dan mengingat (23%), mempraktikan (28%) serta mengaplikasikan (45.2%) rukun fi'li berbanding kaedah tradisional dalam solat. Dengan adanya Senarai Semak dan BBM (video) yang lebih fokus kepada rukun fi'li, pelajar Iebih jelas dan tahu akan kesilapan dalam melaksanakan rukun fi'li semasa melaksanakan solat. Implikasi dari kajian ini menunjukkan bahawa sampel yang dipilih iaitu pelajar bermasalah pendengaran adalah sangat terhad kerana bilangan mereka yang sedikit serta pendedahan terhadap intervensi awal juga memberi kesan terhadap dapatan kajian. Selain daripada itu didapati perlaksanaan kajian tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh mengikut piawaian pengkaji kerana pelaksana kurang memahami konsep simulasi serta tidak dapat melaksanakannya secara menyeluruh terhadap pelajar. Sumbangan kajian ini ialah pelajar lebih fokus serta dapat mengingat serta menghafal dalam jangka panjang. Guru boleh membantu pelajar untuk mempraktikkan rukun fi'li dengan betul dan sempurna hasil dari rutin semasa proses simulasi dijalankan. Guru juga boleh melihat pelajar melakukan secara individu dengan kadaran yang sebenar. Ada beberapa elemen-elemen penting yang perlu diberi penekanan sebelum melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran iaitu ianya perlu berdasarkan kepada keadaan semasa yang mengikut keperluan pelajar, waktu semasa P&P dijalankan serta tahap psikologi pelajar
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)